MESEJ CINTA - FORMULA DAN PANDUAN CINTA UNTUK WANITA MELALUI KAEDAH YANG REALISTIK DAN LOGIK DENGAN PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN FITRAH MANUSIA



SUDAHLAH, HENTIKANLAH SEGALA KARUT DAN MARUT MENGENAI CINTA!


"BIAR SAYA AJARKAN SAUDARI FORMULA
BERCINTA DAN BAHAGIA YANG
AMAT LOGIK DAN REALISTIK
BEBAS DARI 'FALSAFAH' CINTA YANG MENGARUT
MENGIKUT ACUAN PSIKOLOGI MANUSIA"


FAKTANYA, RAMAI YANG BERFALSAFAH DALAM HAL CINTA SEHINGGA
CINTA ITU MENJADI SESUATU YANG TIDAK JELAS.
AKIBAT TIDAK FAHAM APA ITU CINTA DAN CINTA ITU BAGAIMANA,
RAMAI YANG MERANA DALAM PERCINTAAN!


Saudari,

Bagaimana kalau saya katakan jika mindset atau fikiran saudari mengenai cinta dan percintaan sudah di'program'kan dengan filem-filem cinta yang saudari tonton dan mungkin juga novel-novel cinta yang saudari baca. Itu tidak termasuk nasihat dan pengalaman cinta yang dikongsi oleh rakan-rakan.

Apa yang menjadi masalah adalah apabila minda saudari telah diprogramkan dengan mesej yang SALAH!

Dengan mindset atau fikiran mengenai cinta yang salah dan tidak tepat, tidak hairanlah jika saudari boleh terperangkap dalam kisah percintaan yang MENYIKSAKAN.

Saya mahu saudari sedar bahawa setiap masa dan setiap ketika diri saudari boleh diracuni dengan pelbagai perkara yang jauh dari kebenaran.

Senang kata, PALSU.

Ini termasuklah mengenai hal CINTA. Fikiran, atau persepsi saudari mengenai cinta yang tidak tepat, walaupun sedikit, sudah memadai untuk memberi kesukaran dan merobek kebahagiaan saudari dalam percintaan.

"PAKAR-PAKAR PSIKOLOGI SEMUANYA BERSETUJU BAHAWA
MINDA YANG NEGATIF
SERTA PERSEPSI YANG TIDAK BETUL
ADALAH SEBAB UTAMA TERJADINYA STRES"
BUKAN ITU SAJA
,

"MALAH IA MENGUNDANG LEBIH BANYAK MASALAH DALAM HIDUP "

Selagi mindset ini belum dimusnahkan dari fikiran, mungkin saudari terpaksa menempuh laluan yang sukar dalam percintaan. Apa yang pasti, kisah sedih saudari dalam percintaan akan berulang-ulang sehingga waktu yang sesiapapun tak dapat menjangka.

Saudari, saya benar-benar tidak mahu ini berlaku.

Sebab itu, dengarlah baik-baik apa yang saya mahu katakan di sini..

..............................................................................................................................................................





Oleh: Rizash
Lokasi: Skudai, Johor.


Assalamu`alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

       Hai, saudari apa khabar? Nama saya Mohd Rizashsyam Shohadi. Panggil saja Rizash. Barangkali saudari tertanya-tanya siapa saya untuk membicarakan mengenai soal cinta, hati dan perasaan. Adakah saya merupakan seorang pakar cinta ataupun seorang yang layak dipanggil 'Dr. Cinta'?
            Saudari, saya telah berada dalam lapangan psikologi selama lebih 9 tahun. Lagipun, memang minat saya untuk mendalami sains tingkahlaku manusia, lebih-lebih lagi pada pengkajian potensi manusia.
        Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah mengenai cinta dan percintaan. Walaupun cinta sering dikatakan suatu yang misteri, tapi apa yang saya dapati, cinta ini ada 'matematik'nya juga. Seperti setiap permasalahan matematik, pasti ada formula yang dapat menyelesaikannya. Sebab itulah, dalam pengamatan saya ada beberapa perkara yang ramai tidak perasan yang menyebabkan mereka menempuh laluan yang sukar dalam bercinta. Pendek kata, mereka bercinta tanpa mengetahui formula yang betul.
            Berbalik pada soalan tadi, soal pakar atau tidak itu bergantung pada orang lain. Bukan saya yang menentukannya. Malah, mungkin ramai yang lebih hebat ilmunya berbanding saya. Namun ada perkara yang sangat penting untuk saya sampaikan buat saudari. Ia adalah ilmu-ilmu percintaan merangkumi teknik dan kaedah bercinta yang telah saya susunkan teristimewa buat saudari, kaum wanita yang saya hormati. 

Saudari, cinta itu anugerah dari Tuhan. Tapi sayang, ramai yang merana dan menderita disebabkan 'cinta'. Lihat saja beberapa contoh kes di bawah sebagai renungan:



         
Saudari,
"Sebenarnya, perjalanan mencari formula cinta ada kena mengena
dengan kisah saya yang lalu.."


         Segalanya bermula pada tahun 2009. Ketika itu, saya fikir saya sudah tahu segalanya mengenai cinta. Saya langsung tidak terfikir akan menemui kekecewaan dalam percintaan walaupun dengan ilmu dan sikap saya yang berhati-hati ketika itu. Akhirnya, cinta yang dibina bersama si dia ketika itu tak sampai ke mana. Ternyata masih ada yang kurang tentang ilmu percintaan yang saya ada.
             Betapa sakit, sedih dan kecewanya saya ketika itu, Tuhan saja yang tahu.
Namun saya sedar, sampai bila harus bersedih. Apapun, hidup mesti terus. Kebahagiaan perlu dicari. Dari rasa sedih dan kecewa yang amat sangat, saya berusaha untuk bangkit.
          Berbekalkan dengan semangat yang semakin pulih, saya mula memikirkan dan merungkai persoalan tentang apa yang berlaku. Akhirnya saya mula faham dan sedar bahawa ada beberapa perkara penting yang perlu difikirkan dan difahami bagi membina sebuah percintaan yang membahagiakan.  
            Dengan mindset yang betul,  saya kembali mengorak langkah mencari cinta sejati. Akhirnya, dengan menggunakan formula yang efektif (antaranya menggunakan teknik pada muka surat 82), pada penghujung 2010, saya telah dipertemukan dengan insan yang teristimewa. Kini, insan tersebut telah menjadi isteri saya yang sah (kini kami sedang menunggu kelahiran cahaya mata kami yang pertama!). Malah, kehadirannya benar-benar menginspirasikan makna cinta sebenar yang cari selama ini. Ternyata, cinta itu bukanlah suatu yang sukar dan misteri. Ia lebih mudah dari apa yang dijangka.

"CINTA ITU MUDAH APABILA MINDA SAUDARI MENDAPAT 'SETTING' YANG BETUL DAN MEMILIKI 'TOOLS'  YANG BERKESAN. 'SETTING' DAN 'TOOLS' INILAH YANG SAYA BEKALKAN.
APA YANG PERLU SAUDARI LAKUKAN ADALAH BACA, FAHAM DAN AMALKAN!"

Saudari, jika  saya boleh bangkit dari kekecewaan dan kegagalan dalam percintaan, mengapa saudari tidak? Ingat, tak kira siapapun saudari, asalkan dengan formula yang betul, kebahagiaan pasti milik saudari. 

Setiap orang berhak mendapat kebahagiaan dalam bercinta. Termasuklah saudari juga.
Maka saya ingin TANYAKAN pada saudari,

MAHUKAH JIKA SAYA BERIKAN SESUATU YANG DAPAT SAUDARI AMALKAN
DAN PRAKTIKKAN  YANG BERUPAYA MENARIK DAN MEMBUKA JALUR KEBAHAGIAAN DALAM PERCINTAAN SAUDARI?

BERSEDIAKAH SAUDARI UNTUK MELAKAR KISAH CINTA
YANG LEBIH BAHAGIA?

JIKA JAWAPAN SAUDARI "YA!" DAN "YA!"
MAKA, SAYA PERSEMBAHKAN PADA SAUDARI MUTIARA CINTA YANG BESAR MANFAATNYA. TERISTIMEWA BUAT SAUDARI:

"MESEJ CINTA UNTUK WANITA"
FORMULA SUKSES BERCINTA DAN BAHAGIA



SETEBAL 103 MUKASURAT, EBOOK MESEJ CINTA DIHASILKAN BAGI MEMBIMBING SAUDARI DALAM MENDAPATKAN FAEDAH DAN KELEBIHAN TERTENTU SEPERTI:

Membezakan antara cinta asli dan cinta palsu.
Mampu mendapatkan pasangan yang baik dan serasi.
Penawar jodoh bagi yang rasa ‘terlambat’
Terlindung dari muslihat penipu aka 'buaya darat'
Mempertingkatkan kualiti komunikasi dan perhubungan dengan lelaki
Kesembuhan dari luka dan sengsara putus cinta
Menjana dan merangsang perubahan positif pada diri
‘Menarik’ pasangan yang betul dalam hidup
Menjadi lebih memikat, menawan dan mencairkan
Melunturkan rasa malu tak bertempat
Terlindung dari menjadi mangsa cinta
Mempelajari kaedah, petua dan amalan saintifik melalui pendekatan psikologi
Dan banyak lagi..


SAUDARI NAK TAHU LAGI APA YANG TERKANDUNG DALAM EBOOK MESEJ CINTA?
BAIKLAH, INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI PERKARA YANG SAYA DEDAHKAN:

  • Huruf _____ bagi melindungi diri dari muslihat lelaki penipu. Huruf ini akan memberitahu saudari karakter manusia. Sebaik saja huruf ini ditulis, terserlahlah peribadinya. Jangan bocorkan rahsia ini!
  • 5 soalan yang akan membuka mata saudari mengenai cinta. Adakah benar apa yang saudari rasakan itu cinta? Soalan ini akan merangsang minda saudari untuk mengenalpasti cinta sejati. Ia juga dapat melindungi diri saudari dari terjebak dengan perangkap lelaki 'jahat!
  • 5 teknik memanggil jodoh termasuklah 2 kaedah utama iaitu teknik ______ dan teknik ______ yang bekerja secara 'AJAIB'. Amalkan mengikut kaedah ringkas yang diberikan. InsyaAllah, dapat menarik jodoh yang baik.
  • Teknik yang simple dan ringkas untuk merawat rasa malu dengan cara yang mungkin saudari tak pernah terfikir sebelum ini. Memang betul, malu memang pakaian wanita. Tapi malu tak bertempat harus dirawat. Gunakan kaedah yang simple ini untuk menyembuhkan 'rasa malu tak bertempat' yang saudari alami sekarang!
  • Berkunjung ke rumah bakal mentua tidak lagi menjadi masalah dengan 8 langkah mudah. Tambatlah hati bakal mentua saudari dengan tips dan petua yang saya berikan. Selamat berjaya ya!
  • 4 golongan lelaki yang perlu saudari senarai hitamkan sebagai calon suami. Jika benar saudari inginkan bahagia dalam cinta dan rumahtangga, jauhilah mereka sedapatnya.
  • Strategi dan teknik merawat luka hati yang berkesan, kreatif, lain dari yang lain. Letih dengan luka hati yang belum sembuh? Biar saya berikan penawarnya. Mudah, berkesan dan menyeronokkan! 
Ini hanya 20 peratus saja dari kandungan ebook Mesej Cinta. Bayangkan betapa banyak faedah dan kelebihan bakal saudari perolehi dari baki kandungan sebanyak 80 peratus??




BAGAIMANA EBOOK MESEJ CINTA DAPAT MEMBANTU SAUDARI?
  1. Ramai yang tidak menyedari bahawa fikiran dan kepercayaan yang salah mengenai cinta menjadi punca gagalnya meraih kebahagiaan cinta. Mesej yang terkandung dalam ebook ini berfungsi sebagai 'anti-virus' yang akan menyingkirkan fikiran dan kepercayaan yang tidak betul mengenai cinta. Proses penyingkiran 'virus' ini akan terus berlaku sehingga pembacaan saudari pada helaian terakhir. 
  2. Percintaan yang sukses itu apabila menguasai hubungan. Kuasailah hubungan dengan memahami LELAKI. Semakin saudari jelas mengenai psikologi lelaki, semakin panjang usia percintaan saudari dengannya. Sejauhmana saudari faham mengenai lelaki? Jangan bimbang, ebook ini ada penyelesaiannya
JADI KEPADA SELURUH LELAKI YANG MEMBACA MESEJ INI:
"MAAFKAN SAYA, RAHSIA ANDA
TERPAKSA SAYA BONGKARKAN
DI SINI!"
  1. Cinta itu bukanlah suatu yang misteri. Ia hanya menjadi rahsia kepada orang yang tidak mengenalinya. Ebook Mesej Cinta ini adalah salah satu jalan mengenal cinta. Biarpun saudari seorang yang baru ingin bercinta, ataupun sudah bercinta, telah berumahtangga, mahupun yang sedang mencari jodoh, mesej yang saya berikan akan membuka mata saudari mengenai apa itu cinta dan membuka jalan bagi saudari untuk bertindak mencari 'Syurga Cinta'. Baca dan fahamkan mesej tersebut. Kebahagiaan saudari adalah kebahagiaan saya juga.
  2. Di dalam pecintaan, saudari memerlukan tips, nasihat dan panduan yang betul yang dapat menjamin berkekalannya kebahagiaan. Saudari boleh meneka-neka atau melakukan proses 'trial and error' dalam percintaan. Tapi bagaimana jika saudari tersalah langkah? Sebab itulah, Ebook Mesej Cinta dihasilkan bagi menyediakan saudari dengan  jalan singkat atau 'shortcut' dalam mengenal selok belok dunia percintaan melalui  petua, tips dan nasihat sebagai panduan cinta yang PADAT.
  3. Peningkatan dan perubahan diri menjadi yang lebih baik adalah suatu yang amat penting bukan saja dalam percintaan, tetapi juga kehidupan. Ingatlah, insan yang baik adalah untuk yang baik juga. Melalui Ebook ini, saudari akan mengalami proses pembentukan semula sikap dan tingkahlaku diri yang terbaik sebagai seorang wanita yang akhirnya dapat memancarkan aura pesona diri yang menawan.
  4. Ebook Mesej Cinta ditulis dengan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami. Jangan bimbang, segala teori dan konsep telah saya permudahkan untuk saudari


TESTIMONI

Antara Email Yang Saya Terima Dari Pembaca..
        Alhamdulillah.. Seorang pelanggan/pembaca, sudah hampir ke jinjang pelamin, dan seorang lagi akhirnya menyedari tahap keserasian perhubungannya dengan pasangan. Katanya, baru separuh saja baca, tetapi sudah banyak membantu.. :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
      
Sangat berkesan untuk merubah persepsi kita terhadap alam percintaan..

        "Sangat berkesan untuk merubah persepsi kita terhadap alam percintaan. Banyak formula yang saya belajar dalam mengenali hati pasangan masing-masing termasuk bagaimana menjadi wanita yang akan dihargai oleh lelaki. Sentiasalah optimis dalam menerima segala kelebihan dan kelemahan pasangan. Alangkah indahnya bercinta jika disulam dengan cita-cita dan berlandaskan syariat Islam.."


Terima kasih Rizash!






  SITI RAHMAH OMAR
  Pegawai Psikologi
  ILP Pasir Gudang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

..mampu menjawab permasalahan dalam hubungan lelaki dan wanita.

         "Terbaik! Buku ini merupakan suatu buku yang mampu menjawab permasalahan dalam hubungan lelaki dan wanita. Walaupun buku ini khas pada wanita, namun sebenarnya mampu memberikan kesan kepada lelaki. Pengunaan ayat yang santai, pengolahan isi yang menarik dan pelbagai teknik hubungan yang disertakan semestinya mampu memberikan impak yang terbaik bagi wanita. Rugi rasanya jika tidak memilikinya. Tahniah dan syabas!"





 
   MOHD NUR AL SUFI ROMELE

   Pengarah Urusan 3E Training
   Pengamal Perubatan Alternatif


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


..ebook ini mengajar saya mengenal pasangan.

        "Jujurnya ebook ni santai, penggunaan bahasa yang mudah membuatkan saya tak jemu membaca. Mesej yang ingin disampaikan jelas. Sesuai dan sangat bagus dibaca remaja sekarang even orang yang dah kahwin pun sesuai. Paling suka part rahsia personaliti pasangan. Ebook ini sebenarnya membantu kita untuk mengenal bakal pasangan. Berfikir secara realistik penting dalam memilih teman hidup. Bukan fikir yang indah-indah je."

        "Pada saya yang dah kahwin, ebook ini mengajar saya mengenal pasangan. Saya dan suami tak pernah bercinta, tak pernah date sebelum kahwin. So, baca ebook ni saya lebih mudah terima kelemahan suami dan sebaliknya. Dalam masa kami cari keserasian. Maklumla, sebelum kahwin fikir yang indah-indah je. Dah kahwin baru kita nampak apa yang serasi, apa yang tak. Yang penting, buku ni menerapkan aspek-aspek keagamaan dan adab. Tu yang paling penting. First, masukkan cinta Allah dalam hati, dan baru masukkan cinta manusia."





 
  ROHIMAH USOP

  Eksekutif Pemasaran
  Pasir Gudang


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


..kaedah yang dibongkarkan oleh saudara Rizash adalah satu kaedah yang berlainan


        "Mesej Cinta terdiri daripada 1 ebook utama iaitu Mesej Cinta Untuk Wanita dan 2 ebook bonus, Formula SERASI dan Rahsia Pesonaliti Pasangan.Selain ebook utama, saya juga tertarik pada ebook Rahsia Pesonaliti Pasangan. Panduan ini membongkar 15 ‘carta rahsia’ dengan kaedah sains numerology. Biasanya kaedah sains numerology mengikut tarikh lahir boleh didapati di kedai-kedai buku atau ebook rahsia tarikh lahir. Tetapi kaedah yang dibongkarkan oleh saudara Rizash adalah satu kaedah yang berlainan, malahan ia adalah ilmu baru bagi saya untuk mengenali pasangan hidup. Yalah, walaupun ebook bonus, tapi memang berbaloi-baloi."

Selain itu ebook beliau membongkar topik-topik yang patut kita ambil tahu seperti :-

Taktik Temujanji
Tips Pertemuan Dengan Bakal Mentua
Teknik Ujian Huruf
Mengajar Lelaki Untuk Berubah
Teknik Merawat Putus Cinta
Teknik Panggil Jodoh
Dan banyak lagi.

        "Setiap wanita yang bercinta sudah pasti mahukan hubungan mereka sampai ke pertalian yang sah sebagai suami isteri. Apakah persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi perjalanan ini? Jika jawapan yang diberikan hanya pada Agama, Wang dan Kasih Sayang, maka ia belum mencukupi untuk melengkapkan kitaran formula yang serasi."






  NABIEEL SYED RETOS (RETAS)

  0175290217
  Eksekutif Pemasaran Kesihatan & Pelangsingan Badan
  NZ New Image Sdn Bhd
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Inginkan Sample Ebook Percuma?

Isikan maklumat di bawah untuk mendapatkan sample percuma Ebook Mesej Cinta serta tips motivasi dan percintaan terus ke email saudari.

Nama Panggilan 
Alamat Email

Saudari, apa yang saudari MAHUKAN dalam percintaan?

Inginkan pasangan hidup yang terbaik?
Perhubungan yang harmoni dan bahagia?
Mahukan hubungan cinta yang kekal lama dan selama-lamanya?
Melindungi diri dari menjadi mangsa cinta?
Menjadi lebih berkeyakinan dan menawan?
Mendapat jodoh yang baik dan terbaik?
Nasihat cinta dari yang berpengalaman?
Menyegarkan kembali hubungan cinta?
Ingin memikat hati si dia?
Ingin menyelami dunia lelaki?
Ingin memikat hati bakal mentua?


Jika saudari mahukan kesemua senarai di atas, saya ada berita gembira buat saudari. Ebook Mesej Cinta ada membincangkan kesemua perkara tersebut. Bukan itu saja, malah banyak lagi topik dan isu-isu yang penting dan menarik yang dikupaskan bagi membantu saudari dalam dunia percintaan.

Berapa Harga Mesej Cinta?

Saudari, berapakah harga yang saudari sanggup bayar untuk mendapatkan sebuah hubungan percintaan yang harmoni dan membahagiakan? RM1000? RM2000? atau lebih dari itu? Kalau saya, RM10, 000 pun saya sanggup. Ya lah, siapa yang tak mahukan hidup dengan bahagia, berkasih sayang dengan pasangan hidup dalam keadaan aman, damai, dan harmoni yang berpanjangan?

Kalau mengikut fikiran awal, mahu saja saya letakkan RM100 sebagai menunjukkan komitmen saudari yang benar-benar inginkan kebahagian cinta. Namun saya sedar bahawa saya perlu membantu saudari. Saya benar-benar inginkan saudari mendapat kebahagiaan dalam percintaan kerana itu sememangnya hak saudari. Jadi, saya meletakkan Mesej Cinta pada kedudukan mampu milik oleh setiap wanita di seluruh negara:

RM150 RM100 RM80 RM 70
RM 60 SAHAJA!
Tapi jika anda membuat tempahan sekarang, saya akan memberi diskaun pengenalan sebanyak 20%. Jadi harga selepas diskaun hanya:
RM 60 SAHAJA!

RM40 sahaja!

(Harga akan dinaikkan kembali pada RM60 bila-bila masa)
       




NANTI DULU!

Jika saudari membuat tempahan SEKARANG, saya akan berikan DUA ( 2 ) buah ebook lagi berupa laporan secara percuma. Laporan yang saya hasilkan ini saya berikan khas buat saudari tanpa caj tambahan:


LAPORAN 1: RAHSIA PERSONALITI PASANGAN
"MEMBONGKAR 15 'CARTA RAHSIA' TARIKH LAHIR DENGAN SAINS NUMEROLOGI"

Ketahui rahsia personaliti, kecenderungan dan potensi bukan hanya pasangan anda, malah sesiapa saja :: Teknik yang mudah tanpa melibatkan sebarang pengiraan tarikh lahir :: Menggunakan teknik susunan nombor berdasarkan ilmu sains numerologi :: Bebas dari unsur tilikan dan ramalan yang dilarang oleh agama Islam :: Dapatkan kemaskini kandungan secara percuma
LAPORAN 2: FORMULA S.E.R.A.S.I
"INI ADALAH  BACAAN WAJIB BAGI YANG BENAR-BENAR INGINKAN BAHAGIA DALAM BERCINTA"

Pada formula ini terletaknya rahsia intipati kebahagiaan dalam percintaan :: Gunakan formula ini untuk menilai hubungan percintaan saudari :: Ingin mendirikan rumahtangga? Nanti dulu! Pastikan 6 perkara dalam formula ini terdapat dalam percintaan dan pasangan saudari :: Buntu dan keliru dalam memilih pasangan? Formula ini dapat membantu :: Fomula ini saya gelar sebagai "Kunci Cinta Bahagia".

Saudari, inilah peluang saudari untuk mengubah dunia percintaan saudari menjadi lebih baik dan positif. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib saudari melainkan diri saudari sendiri. Jadi, terimalah tawaran saya ini dan ubahlah kisah cinta saudari menjadi lebih bahagia dan gembira.


"Saudari, cinta mungkin TIDAK seperti apa yang saudari fikirkan. Persoalannya, adakah saudari bercinta dengan cara yang BETUL, SELAMAT dan BERKESAN?"
Ambillah langkah yang tepat, BERTINDAKLAH sebelum terlambat.

Kali ini, izinkanlah saya membantu saudari untuk membawa
perubahan yang positif dalam percintaan saudari
.



Saudari, ini tawaran saya. Pilihan di tangan saudari.
Saya percaya saudari dapat membuat pilihan yang terbaik dalam hidup. Apapun, terima kasih kerana telah membaca hingga ke akhir kalam saya ini. Cukuplah apa yang telah saya sampaikan. Kita jumpa lagi di Ebook Mesej Cinta - Formula Sukses Bercinta dan Bahagia!



Yang Mendoakan Kebahagiaan Saudari,

Mohammad Rizashsyam Shohadi
BHsc. Human Science (Psychology) IIUM

Cert. Hypnotist, Cert. Hypnotherapist (MAH), Cert. SPT Practitioner  
Cert. Spiritual Healer (Qalbun Salim)
Email: ideariza@gmail.com


PS. Mesej Cinta adalah suara hati saya - Terhimpun di dalamnya segala yang ingin saya sampaikan buat para wanita sejak dari dulu lagi. Membaca ebook Mesej Cinta adalah membaca isi hati saya. Ia sangat eksklusif buat saudari.

PPS. Satu-satunya di pasaran - Mesej Cinta tidak boleh didapati di kedai-kedai buku. Walaupun di kedai buku besar dan popular. Ia hanya boleh didapati di sini. Sentiasa terbuka 24 jam untuk saudari miliki.

PPPS. Hubungi saya - Sebagai pelanggan, saudari boleh mengajukan pertanyaan menerusi email saya mengenai sebarang permasalahan cinta dan pakej ebook Mesej Cinta. Saya akan cuba sedaya upaya menjawab setiap permasalah saudari.



 MESEJ CINTA :: TEMPAHAN PRODUK :: JV AFFILIATE  ::  HUBUNGI SAYA